KUALA LUMPUR 25 Julai- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjalinkan kerjasama dengan Korea Selatan dalam usaha meningkatkan infrastruktur pengangkutan di ibu kota melalui program Kluster CityNet. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, usaha itu dicapai selepas kunjungan pihaknya untuk mengkaji dan meneliti pembangunan pengangkutan di negara tersebut. “Korea Selatan mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan dan kami berasa bangga apabila mereka sudi berkongsi perkara itu dengan DBKL dalam usaha meningkatkan pengangkutan di Kuala Lumpur.
“Empat kelompok utama yang diketengahkan dalam Kluster CityNet ini adalah Infrastruktur, Strategik, Bencana Alam dan Perubahan Iklim,” katanya dalam sidang akhbar Kluster Infrastruktur CityNet & Pusat Latihan Serantau Kuala Lumpur 2018 (KLRTC 32) di sini. Tambah Mhd. Amin Nordin, Kuala Lumpur diberi kepercayaan mengetuai mesyuarat Kluster CityNet kelompok infrustruktur selama tig ahari yang bermula semalam. -UTUSAN ONLINE










