DAP tetap ‘abang besar’ - Utusan Malaysia

DAP tetap ‘abang besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBELUM ini pelantikan Nga Kor Ming sebagai anggota Kabinet kerajaan baharu ditolak gara-gara sering membuat kenyataan berbaur perkauman.

Antaranya, jika masih ingat, klip video ceramah semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu apabila beliau me­ngaitkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Akibatnya, nama Kor Ming dikatakan disenarai hitam sebagai calon menteri Kabinet.

Lim Guan Eng dilaporkan hampir menangis apabila orang harapannya ditolak apatah lagi Setiausaha Agung DAP itu sudah berjanji mahu melantik Kor Ming sebagai menteri jika Pakatan Harapan menang PRU-14.

Tapi semalam, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan dan seorang lagi, Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon diumumkan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Berdasarkan jumlah undian, Mohd. Rashid memperoleh 171 undi manakala Kor Ming 124 sekali gus layak dilantik untuk jawatan berkenaan selepas calon pembangkang, Datuk Seri Ronald Kiandee hanya mendapat 93 undi.

Meskipun perasaan dan hati pernah terguris, namun mahu tidak mahu ‘kehendak’ DAP perlu dituruti.

Walaupun bukan ganjaran menteri atau timbalan menteri, namun jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sudah cukup sebagai ‘lesen’ untuk menerima atau menolak sebarang usul bagi dijadikan dasar kerajaan.

Ternyata DAP masih ‘abang besar’ kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN