Dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif - Utusan Malaysia

Dakwaan salah guna kuasa terhadap seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 4 Julai – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan bioteknologi yang merupakan hak milik kerajaan negeri didakwa melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa ketika memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee yang membuat laporan polis terhadap kes berkenaan berkata, sehubungan itu beliau mahu supaya pihak polis menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Menurutnya, beliau terkejut apabila membaca laporan akaun syarikat tersebut yang menunjukkan berlakunya salah laku individu terbabit sejak tahun 2015.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan pihak akaun syarikat itu, mereka terpaksa menanggung pembayaran bil utiliti sebuah syarikat swasta yang tiada kaitan dengan kerajaan negeri dari tahun 2015 sehingga sekarang.

“Saya turut diberitahu pihak akaun syarikat bahawa laporan audit berhubung salah laku individu terbabit telah dilampirkan kepada bekas Ketua Menteri, Jabatan Audit negeri dan Bahagian Audit Dalaman & Siasatan Awam (BADSA), tetapi tiada tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis sambil diiringi beberapa kakitangan syarikat berkenaan di Balai Polis Ayer Keroh di sini semalam.

Sementara itu, Norhizam turut memberitahu, selain memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat berkenaan, individu terbabit juga memegang jawatan sama di dua buah syarikat lain berkaitan bioteknologi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihak polis telah menerima laporan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN