KUALA LUMPUR 18 Julai – Sembilan individu yang dipercayai ada kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah ditahan bersama sepucuk revolver dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang, Sentul di sini Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, dalam serbuan pada pukul 9.30 malam itu pihaknya menahan tujuh lelaki dan dua wanita selain menemukan sejumlah methamphetamine dan ekstasi di kediaman tersebut. “Dalam serbuan ini, polis menemukan methamphetamine…










