MIRI – Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah dianggarkan bernilai RM70,000 dalam serbuan di Terminal Bas Pujut pada pukul 2 petang semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Miri, Deputi Superintendan Aldrin Junaidi Kutoi berkata, ketika serbuan dilakukan, suspek berumur 24 tahun dilihat berkelakuan mencurigakan sambil membawa satu kotak dari kaunter kargo bas menuju ke arah keretanya. “Apabila suspek ditahan pemeriksaan menjumpai satu paket lut sinar berisi serbuk dadah dipercayai jenis ketamine…










