TOKYO 25 Julai – Harga sayur di negara meningkat mendadak sehingga 65 peratus akibat cuaca panas melampau di beberapa kawasan yang sebelum ini dilanda banjir dan tanah runtuh sekali gus menyukarkan kerja-kerja pembersihan.
Setakat Isnin lalu sekurang-kurangnya 65 terkorban manakala seorang banduan berusia dalam lingkungan 40-an juga meninggal dunia akibat strok haba di bandar Miyoshi.
Seorang pegawai Kementerian Pertanian memberi amaran berlaku `peningkatan harga’ sayur jika cuaca panas berterusan pada minggu-minggu akan datang.
Agensi Meteorologi Jepun menjangkakan cuaca panas melampau akan berterusan untuk tempoh beberapa minggu lagi dan akan menerima hujan kurang daripada jumlah biasa. – Reuters










