City pertimbang kekalkan Zinchenko - Utusan Malaysia

City pertimbang kekalkan Zinchenko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Julai – Manchester City sedang mempertimbangkan untuk mengekalkan Oleksandr Zinchenko selepas gagal mendapatkan khidmat Jorginho.

Chelsea berjaya mendapatkan khidmat bintang Itali itu dengan nilai perpindahan 57 juta pound (RM302.5 juta) selepas pelantikan Murizio Sarri selaku pengurus baharu.

City berminat untuk mendapatkan bintang Brazil, Fred sebelum pemain itu menyertai Manchester United tetapi menetapkan Jorginho sebagai sasaran utama dan mereka hampir mendapatkan khidmat pemain tengah itu kira-kira 72 jam sebelum dia menyertai Chelsea.

Keputusan Jorginho menyertai Chelsea membuatkan Pep Guardiola terpaksa berfikir semula untuk mengekalkan Zichenko.

City sebelum ini sudah bersetuju dengan perjanjian bernilai 16 juta pound (RM84.91 juta) bersama Wolve dan Newcastle serta Fulham turut mengintai peluang untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

Selepas tiada pilihan lain, Guardiola dijangka akan mengekalkan pemain Ukraine itu bagi membantu posisi Benjamin Mendy.

Kecederaan yang dialami Mendy musim lalu menyaksikan Fabian Delph dipaksa beraks di bahagian pertahanan kiri sepanjang musim lalu dan berkemungkinan besar pemain England itu akan meneruskan peranan itu musim ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN