KUALA LUMPUR 29 Julai – Aspek keselamatan di tempat kerja perlu diberikan keutamaan lebih-lebih lagi di sektor pembinaan yang mencatatkan peningkatan kadar kematian sejak 2013 ekoran kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan. Mengikut rekod Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), kadar kematian di tapak pembinaan terus meningkat sejak tahun 2013 sehingga 2017 iaitu daripada 84 kepada 187 kematian. Malah, sehingga April 2018 juga dilaporkan sebanyak 32 kematian berlaku dengan 62…










