Chong Wei juarai Terbuka Malaysia buat kali ke-12 - Utusan Malaysia

Chong Wei juarai Terbuka Malaysia buat kali ke-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas menumpaskan Kento Momota dari Jepun pada aksi final di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada final penuh  mendebarkan itu, Chong Wei mempamerkan aksi agresif pada set pertama untuk menang 21-17, kemudian hampir membawa perlawanan kepada set penentuan apabila terikat 21-21 pada set kedua.

Namun, mata terakhir memihak kepada Chong Wei apabila beliau mencabar keputusan itu ketika sedang mendahului 22-21 dalam pertarungan sengit berkesudahan dengan kemenangan 23-21.

Chong Wei berkata bukan mudah menjadi pemain konsisten memenangi sesuatu kejohanan bertaraf Siri Super sebanyak 12 kali, dan berharap kejayaaan itu berterusan dengan kemenangan pada kejohanan penting selepas ini seperti

Terbuka Indonesia, Kejohanan Dunia dan misi menamat kemarau pingat emas di Sukan Asia Indonesia.

“Memang puas, bukan senang menang sesuatu kejohanan besar sebanyak 12 kali. Bagi saya Terbuka Malaysia kali ini saya berasa lebih tertekan kerana ramai pemain terkemuka dunia beraksi dan pemain muda yang hebat di sini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN