KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan laporan berhubung penangkapan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low oleh pihak berkuasa China berkaitan skandal syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah membuat semakan berhubung perkara tersebut namun masih belum mendapatkan sebarang pengesahan.
“Kami telah membuat semakan dengan pihak polis (China) dan Kedutaan China di Kuala Lumpur berhubung dakwaan ini.
“Namun, tiada pun (polis dan Kedutaan China) yang dapat mengesahkan berita penahanan tersebut,” katanya selepas hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Pengurusan dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.










