Chelsea sangat perlukan Hazard - Utusan Malaysia

Chelsea sangat perlukan Hazard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas merayu supaya ‘ayam tambatan’ The Blues, Eden Hazard dapat memberi jaminan untuk kekal di Stamford Bridge pada musim hadapan.

Menurut bekas pemain Barcelona dan Arsenal itu, sebagai salah seorang pemain senior menjadi tanggungjawabnya untuk memujuk Hazard kekal di Chelsea.

“Saya sentiasa bercakap dengan Hazard supaya lupakan hasrat menyertai pasukan baharu. Dia adalah pemain terbaik dan Chelsea memerlukan pemain berkualiti sepertinya.

“Dia tahu bahawa penyokong dan pemain lain mahu dia terus kekal di sini. Jadi, saya berharap Hazard akan kekal bersama kami supaya matlamat pasukan ini di musim hadapan dapat direalisasikan,” katanya.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Belgium itu memberi bayangan untuk berhijrah menyertai pasukan lain dengan Real Madrid dikatakan sebagai destinasi Hazard yang seterusnya.

“Selepas enam tahun berada di Stamford Bridge, saya perlu mencari kelainan dan anda tahu di manakah destinasi saya yang seterusnya,” kata Hazard semasa ber­aksi di Piala Dunia baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Fabregas turut me­ngakui teruja dengan kehadiran jurulatih baharu, Maurizio Sarri yang menggantikan Antonio Conte minggu lalu.

“Saya telah bermain bola sepak selama 15 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, jurulatih pasukan se­ring bersilih ganti. Namun, saya tetap teruja kerana ia seolah-olah memaksa semua pemain bermula dari bawah.

“Ini kerana semua falsafah yang dipelajari sebelum ini sudah tidak boleh digunakan sebaik sahaja ada jurulatih baharu yang masuk. Semua pemain perlu be­kerja keras dengan pantas untuk menjamin tempat dalam skuad utama,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN