LONDON 23 Julai – Untuk tempoh tiga minggu akan datang, Chelsea perlu mencari kawasan merokok bagi pengendali baharunya, Maurizio Sarri untuk memudahkannya ‘menghembuskan asap’ dalam sebarang perlawanan melibatkan pasukannya. Pengendali dari Itali itu dikatakan mampu menghisap 80 batang rokok sehari, lapor salah seorang teman rapatnya. Dalam tempoh 45 minit, apatah lagi 90 minit, tanpa hembusan asap rokok merupakan ujian sebenar bagi pengendali itu, yang terkenal dengan tabiat buruk tersebut sejak…










