KUALA LUMPUR 15 Julai – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Super League (MSL), Stuart Michael Ramalingam dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu. STUART Michael Ramalingam Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata pelantikan Stuart sebagai Setiausaha Agung FAM yang ke-10 itu diputuskan berdasarkan Artikel 61 Perenggan 1 dalam Statut FAM yang menyatakan Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Presiden. “Selaku Presiden FAM, saya amat berharap beliau…










