Cekup 5 lelaki, rampas dadah lebih RM100,000 - Utusan Malaysia

Cekup 5 lelaki, rampas dadah lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Julai – Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM126,000 dipercayai bagi edaran tempatan, dalam dua serbuan berasingan di Kempas, di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, empat suspek yang ditahan dalam serbuan bermula pukul 2 petang hingga 7 malam itu berusia antara 22 hingga 42 tahun.

“Dadah yang dirampas dalam dua serbuan itu ialah 7.1 kilogram disyaki heroin, 56 gram (ganja) dam 400 gram (syabu). Selain itu, kita turut merampas sejumlah wang tunai dan 11 buah telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, empat buah kereta iaitu jenis MyVi, Volkswagen Polo dan Hondar CRZ serta sebuah motosikal Yamaha LC yang dianggarkan bernilai RM91,000 turut disita.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, salah seorang suspek positif dadah dan tiga daripada mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari hingga 20 Julai ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×