Cadang tambah dana pinjaman pendidikan Mara - Utusan Malaysia

Cadang tambah dana pinjaman pendidikan Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang mempertimbangkan untuk menambah dana bagi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang berada di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 


RINA MOHD. HARUN
RINA MOHD. HARUN

Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya tetap memberi keutamaan kepada sektor pendidikan walaupun keadaan kewangan negara yang agak menurun sehingga memaksa pengurangan beberapa bajet kerajaan. 


Beliau memberitahu, buat masa ini Mara sedang menaja seramai 42,000 pelajar dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion. 


“Penambahan dana bagi pinjaman pendidikan berada dalam perancangan mengambil kira kepentingan sektor ini kepada rakyat, saya juga telah bertanyakan perkara ini kepada Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf. 


“Semuanya masih di peringkat perbincangan kerana walaupun kerajaan telah melakukan beberapa pengurangan bajet, namun saya merasakan pinjaman pendidikan ini bukan sahaja patut diteruskan, malah perlu ditambah,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pendidik Mara 2018 yang diadakan di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kajang dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN