Bunuh rakan setugas, pembantu makmal dihadap ke mahkamah - Utusan Malaysia

Bunuh rakan setugas, pembantu makmal dihadap ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 17 Julai – Seorang pembantu makmal, Abdul Azhim Mohamad, 28, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok atas kesalahan membunuh rakan sekerjanya di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, di sini pada Rabu lalu.

Bagaimana tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Md. Nor.

Mohd. kemudiannya menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes serta penyerahan laporan kimia dan perubatan.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Basri dan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Pada Rabu lalu, seorang Pembantu Tadbir, Zaimah Mahmod, 57, yang juga seorang ibu tunggal mati dicekik dan ditikam dalam sebuah setor kolej terbabit selepas suspek dikatakan berang kerana diejek mempunyai skandal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN