Bumiputera mengikut genetik - Utusan Malaysia

Bumiputera mengikut genetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, PENEMUAN makam dipercayai milik Sultan Mudzafar Shah I atau lebih dikenali sebagai Merong Mahawangsa yang terkenal melalui Hikayat Merong Mahawangsa di Kedah diharap dapat menutup dakwaan golongan ekstremis kononnya Tanah Melayu dibuka orang India beragama Hindu.

Memang sejarah membuktikan orang Melayu kuno menerima agama Hindu sebelum kemunculan Islam, malah komuniti Melayu di Pulau Bali, Indonesia masih mengekalkannya tetapi orang Melayu terbukti sebahagian daripada keturunan orang laut atau berdarah Polinesia.

Sebelum ketibaan pedagang India beragama Hindu, penduduk Tanah Melayu, Indonesia, Singapura, Borneo, Filipina dan banyak wilayah ASEAN dipercayai mengamalkan agama menyembah nenek moyang seperti yang masih diamalkan di beberapa kawasan sekitar Indonesia, Filipina dan Jepun.

Saya sedih melihat pihak berkuasa masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan ekstremis tersebut walaupun kerajaan Pusat sudah bertukar.

Kumpulan kecil ini dipercayai mahu mengubah sejarah negara supaya orang bukan Melayu diberikan taraf bumiputera sama seperti orang Melayu atau penduduk pribumi Sabah dan Sarawak.

Secara peribadi, saya lebih suka jika klasifikasi Melayu atau bumiputera itu dibuat berdasarkan ujian genetik dan bukannya rupa, warna kulit atau maklumat MyKad.

Saya perhatikan dalam parti politik seperti UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan parti-parti pribumi di Sabah serta Sarawak mempunyai ahli-ahli yang diragui ‘ketulenan’ genetik mereka.

Ada individu yang mendakwa dirinya Melayu sedangkan cuma anak tiri kepada seorang Melayu, ada juga yang menuntut diiktiraf sebagai bumiputera kerana boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam.

Pengelasan Melayu dan bumiputera sepatutnya hanya diberikan mengikut warisan genetik, bukannya mengikut definisi politik. Pengesahan genetik mampu menutup sepenuhnya isu layak diklasifikasikan sebagai bumiputera atau tidak.

SAINTIS MUDA

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN