Buffon jalani ujian perubatan di PSG - Utusan Malaysia

Buffon jalani ujian perubatan di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 6 Julai – Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon tiba di ibu pejabat Paris Saint-Germain (PSG) ini dan dilihat menjalani ujian perubatan di hospital berdekatan.

Pemain berusia 40 tahun itu yang tamat kontrak bersama Juventus bulan lalu, tiba di PSG dengan ditemani oleh doktornya.

Buffon yang menyarung jersi Itali 176 kali dijangka menandatangani kontrak dua tahun bersama gergasi bola sepak Perancis itu, dan bakal diperkenalkan secara rasmi dalam sidang akhbar Isnin depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia akan menjadi pembelian pertama PSG sejak diambil alih oleh pengurus baharu, German Thomas Tuchel pada Mei lalu.

PSG juga dikatakan bakal menandatangani kontrak dengan pemain Piala Dunia Jerman, Kevin Trapp dan Alphonse Areola, yang kini beraksi bersama Perancis di Rusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN