Isu menjaga kebersihan sudah lama menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Namun, ia kembali popular apabila penyokong bola sepak Jepun mengutip sampah sebaik sahaja pasukan mereka menamatkan perlawanan pada kempen Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini. Perbincangan menjadi semakin panas apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri melakukan perkara yang sama selepas perlawanan bola sepak antara Pahang dan Selangor tempoh hari. Ramai…










