SOCHI 4 Julai – Dengan tumbangnya satu demi satu pasukan pilihan, Brazil kini muncul sebagai calon terbaik untuk memenangi Piala Dunia edisi ke-21 yang memasuki peringkat suku akhir pada 6, 7 dan 8 Julai ini. Bekas juara sebelum ini iaitu Jerman, Sepanyol dan Argentina sudah pun tersingkir awal, meninggalkan Brazil satu-satunya pasukan yang berpengalaman dan mempunyai reputasi tinggi sebagai pilihan utama. Walaupun akan menentang Belgium pada Jumaat ini (awal pagi…










