Bomoh buang sial didakwa merogol - Utusan Malaysia

Bomoh buang sial didakwa merogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang bomoh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merogol seorang suri rumah sebanyak tiga kali pada bulan lalu.

Tertuduh, Leong Lai Keong, 52, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Lai Keong yang merupakan seorang bomoh didakwa telah didapati mendorong wanita ber­usia 41 tahun untuk merelakan dirinya dirogol kerana sekiranya tidak mengikut kehendak, mangsa dan keluarganya akan ditimpa bencana.

Kesalahan tersebut di­dakwa dilakukan di bilik 101, Hotel Thank Q Inn di sini pada pukul 4.30 pagi, 22 Jun lalu.

Lelaki itu turut didakwa merogol mangsa sama di sebuah tokong di Tingkat 1, Bangunan Kedai Lot 193, Seksyen 4, Jalan Kebun Sultan di sini pada pukul 6.30 pagi, 23 Jun lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki berasal dari Kedah itu didakwa merogol mang­sa sama di tokong sama pada pukul 6.30 pagi, 29 Jun.

Semua pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 375 (C) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×