BN pasti tolak iktiraf UEC - Utusan Malaysia

BN pasti tolak iktiraf UEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA penyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba mempertahankan janji mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina dalam manifesto mereka dengan menyatakan Barisan Nasional (BN) juga membuat janji sama.

Saya selaku penyokong tegar BN berani jamin jika mereka menang dalam pilihan raya lalu, UEC tetap tidak akan diiktiraf selagi mana subjek bahasa Melayu dan Sejarah peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diterapkan dalam peperiksaan sijil tersebut.

Tambahan pula, penyokong BN sudah tahu majoriti pengundi Cina tidak akan mengundi calon MCA atau BN maka tiada risiko ‘mendesak’ BN mengiktiraf UEC.

BN khususnya UMNO juga sedar orang Melayu akan bangkit menentang seperti yang berlaku sekarang sekiranya isu sama timbul bawah pentadbiran mereka.

Jika Pakatan Harapan berani mengiktiraf UEC, maka mereka akan hilang banyak undi Melayu dan sekiranya pentadbiran kembali kepada BN, mungkin akan timbul pula tuntutan supaya UEC dan sekolah vernakular ditutup.

Dalam situasi semasa, kerajaan berdepan dengan bantahan kuat khususnya daripada orang Melayu, bukan sahaja penyokong BN malah penyokong Pas, PH mahupun pengundi atas pagar.

 

HALIM KHALID

Kuala Sepetang, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN