BN boleh wujud suara semak, imbang - Utusan Malaysia

BN boleh wujud suara semak, imbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis amat penting terutamanya dalam mewujudkan suasana semak imbang di Selangor.

ASYRAF WAJDI DUSUKI
ASYRAF WAJDI DUSUKI

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan itu juga bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat akan terus terbela serta terpelihara.

“Rakyat perlu menyokong calon BN #LokmanAdam di #SungaiKandis supaya adanya suara semak dan imbang di DUN.

“Ini bagi memastikan kepen­tingan rakyat terpelihara dan tidak sewenang-wenangnya janji PH (Pakatan Harapan) dalam #PRU14 lalu diperkotak-katikkan,” katanya dalam Twitter hari ini.

PRK DUN Sungai Kandis me­nyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni (PKR) dan K. Murthy (Bebas).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN