BMW fokus jualan kenderaan elektrik - Utusan Malaysia

BMW fokus jualan kenderaan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – BMW Group Malaysia akan memberi tumpuan untuk meningkatkan jualan bagi kenderaan elektrik (Plug-In Hybrid) dalam negara disokong oleh permintaan berte­rusan di pasaran tempatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Harald Hoelzl berkata, portfolio kendera­an elektrik jenama itu mewakili lebih separuh atau 56 peratus daripada keseluruhan jualan pada suku pertama tahun ini.

“Sasaran kami adalah untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik, dan tumpuan ini selari dengan usaha BMW Group yang menyasarkan jualan sebanyak 140,000 buah kenderaan plug-in Hybrid di peringkat global.

“Malaysia akan menjadi antara penyumbang terbesar kepada sasaran itu dengan usaha me­ningkatkan jualan kereta plug-in hybrid ini,” katanya pada acara pengenalan BMW Concept X7 i­Per­formance di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Komunikasi Korporat BMW Malaysia, Sashi Ambi.

BMW Group Malaysia hari ini memperlihatkan sebuah ikon baharu kenderaan aktiviti sukan (SAV), BMW Concept X7 iPerformance buat julung kalinya bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara.

Sementara itu Hoelzl berkata, BMW merekodkan jualan lebih 5,300 buah kereta kepada pe­langgan baharu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, berkembang 11 peratus berban­ding tempoh sama tahun lepas.

Katanya, jualan MINI turut meningkat 18 peratus kepada 550 buah kenderaan, sementara BMW Motorrad juga meningkat lapan peratus dengan seba­nyak lebih 540 motosikal kepada pemilik baharu dalam tempoh sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN