KUALA LUMPUR 22 Julai – BMW Group Malaysia akan memberi tumpuan untuk meningkatkan jualan bagi kenderaan elektrik (Plug-In Hybrid) dalam negara disokong oleh permintaan berterusan di pasaran tempatan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Harald Hoelzl berkata, portfolio kenderaan elektrik jenama itu mewakili lebih separuh atau 56 peratus daripada keseluruhan jualan pada suku pertama tahun ini. “Sasaran kami adalah untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik, dan tumpuan ini selari dengan usaha…









