MANCHESTER 17 Julai – Manchester United telah mencapai persetujuan dengan Ajax Amsterdam bagi membolehkan pemain antarabangsa Belanda, Daley Blind kembali ke pangkuan kelab tersebut, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.
I want to thank everyone, the Managers, coaches, the medical department, everyone who helped me to settle in so quick at the beginning, of course my teammates and last but definitely not least the fans! (2/3) pic.twitter.com/URF7TzvE3x
— Daley Blind (@BlindDaley) July 17, 2018
Pemain berusia 28 tahun itu, yang dilahirkan menerusi sistem bola sepak remaja Ajax dan beraksi dalam lebih 100 perlawanan di kelab itu, menyertai United pada 2014 tetapi dia kini dipinggirkan oleh pengurus, Jose Mourinho.
Media Britain melaporkan Blind akan berpindah dengan yuran 14.1 juta pound (RM75 juta), yang mana jumlah tersebut boleh meningkat kepada 18.5 juta pound (RM98 juta) yang merupakan rekod buat Ajax berdasarkan prestasi yang dipamerkan.
Pemain serba boleh seperti Blind, beraksi di beberapa posisi di pertahanan dan tengah, menyertai United dengan yuran perpindahan bernilai 14 juta pound (RM74 juta) selepas dia tampil bersama pasukan negaranya pada Piala Dunia 2014.
Bagaimanapun, dia bergelut untuk merebut kedudukannya di dalam kesebelasan utama kerana Blind perlu bersaing dengan Ashley Young di posisi bek kiri dan di bahagian lain pula ia turut sengit.
Blind, yang memiliki 54 cap, telah memenangi Piala FA 2016, termasuk Liga Europa dan Piala Liga pada tahun lalu, tetapi dia tidak beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA yang menyaksikan United tumpas kepada Chelsea, tahun ini.
Pemain Belanda itu kini memasuki tahun terakhirnya bersama United setelah menandatangani perjanjian selama lima tahun. Dia melakukan 90 penampilan liga dalam tempoh empat tahun di Old Trafford, dan hanya beraksi sebanyak tujuh kali pada penggal lepas.
Blind, yang bermain sebanyak 141 perlawanan secara keseluruhan untuk United, menjaringkan enam gol dan dia tidak menyertai skuad yang terbang ke Los Angeles, Ahad lalu bagi jelajah pra-musim di Amerika Syarikat. – REUTERS










