Black Sunday bantah dokumen pengenalan diri kepada PATI - Utusan Malaysia

Black Sunday bantah dokumen pengenalan diri kepada PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seramai 150 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Black Sunday berkumpul membantah tindakan kerajaan negeri untuk mengeluarkan dokumen sah kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Tindakan itu dilihat mengancam keselamatan negara dan hak kewargenegaraan selain membelakangi undang-undang.

Ketua Pembangkang, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata, kerajaan digesa memberhentikan cadangan mereka untuk memberikan dokumen terbabit kepada PATI di negeri ini.

“Kita bantah sebarang tindakan kerajaan memberikan dokumen sah termasuk kad pengenalan kepada PATI sebelum mereka mendapat dokumen sah dari negara masing-masing.

“Kalau kita nak bantu golongan PATI mendapatkan dokumen sah, kita kena hantar mereka pulang, uruskan dokumen berkaitan seperti pasport dan visa baru kembali ke Malaysia untuk proses seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkumpul di pekarangan Dataran Leasoka di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Jainab Ahmad dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Tambah Jeffrey yang merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) tindakan kerajaan negeri itu adalah tidak wajar kerana kebanyakan PATI yang berada di Sabah, berasal dari negara yang juga menuntut hak kedaulatan daripada negeri ini. – K! ONLINE

Sementara itu, Jainab ketika ditemui berkata, kesediaannya menyatakan solidariti bersama Black Sunday merupakan perlambangan jelas membantah usaha kerajaan negeri.

Katanya, tindakan kerajaan negeri secara tidak langsung membunuh masa depan anak muda Sabah khususnya dalam merebut peluang pekerjaan di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN