BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 7 JULAI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 7 JULAI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISNIN ini genaplah dua bulan Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin negara ini. Awang berpendapat banyak yang perlu dilakukan oleh mereka bagi menunaikan janji-janji ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Oleh itu Awang berharap kerajaan akan memberi tumpuan kepada perkara tersebut dan tidak menghabiskan masa dengan tindakan yang dilihat hanya mahu memburuk-burukkan kerajaan terdahulu.

Mereka perlu membuktikan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam adalah salah apabila beliau menyatakan gambaran hutang negara semakin meningkat ha­nyalah alasan Pakatan Harapan untuk mengelak atau menangguhkan pelaksanaan beberapa manifestonya yang populis tanpa mengambil kira kemampuan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Awang percaya, itulah juga anggapan atau tafsiran pelbagai pihak apabila dari semasa ke semasa, banyak alasan diberikan oleh kerajaan apabila ditanya bilakah segala yang terkandung dalam manifesto itu mahu dilaksanakan.

Justeru Kerajaan Pakatan Harapan perlu membuktikan mereka bukan hanya pandai berjanji tetapi juga bijak melaksanakannya. Jika tidak mereka perlu bersedia berhadapan dengan tindak balas rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Awang – Tidak suka berjanji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN