BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 26 JULAI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 26 JULAI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG tidak pernah terlepas mengikuti soal jawab dan perbahasan di Dewan Rakyat secara langsung. Pelbagai ragam wakil rakyat dapat dilihat ter­utama dalam kalangan muka baharu. Ada yang berucap dengan baik dan ada yang tersasul sehingga tular di media sosial. Sedikit sebanyak ‘kesilapan’ itu satu publisiti.

Apa pun berilah peluang kepada muka-muka baharu ini untuk ‘beraksi’ dan menyesuaikan diri. Bukanlah mudah untuk melakukan sesuatu yang dahulunya menjadi cemuhan kita tetapi hari ini tertanggung pula di bahu sendiri.

Cuma apa yang membimbangkan ada dalam kalangan wakil rakyat yang menjadikan Dewan Rakyat seolah-olah pentas untuk mencari silap dan menghukum. Dalam hal ini, biarlah mahkamah memutuskan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.

Jangan hanya bercakap soal keadilan tetapi tindak tanduk tidak menuju ke arah mencari keadilan sebenar. Wakil rakyat mempunyai kekebalan untuk bercakap tetapi jagalah adab dan etika. Tegur dan kritik secara berhemah, bukannya untuk menghina atau mengaib­kan mana-mana pihak.

Awang amat berharap tidak ada provokasi terutama berkaitan agama, kaum dan budaya sehingga boleh mencetuskan kemarahan masyarakat. Peringatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V sebelum ini harus dijadikan panduan. Rakyat telah memilih. Jangan hampakan harapan rakyat.

AWANG – Tenang ikuti perbahasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN