AWANG tidak pernah terlepas mengikuti soal jawab dan perbahasan di Dewan Rakyat secara langsung. Pelbagai ragam wakil rakyat dapat dilihat terutama dalam kalangan muka baharu. Ada yang berucap dengan baik dan ada yang tersasul sehingga tular di media sosial. Sedikit sebanyak ‘kesilapan’ itu satu publisiti. Apa pun berilah peluang kepada muka-muka baharu ini untuk ‘beraksi’ dan menyesuaikan diri. Bukanlah mudah untuk melakukan sesuatu yang dahulunya menjadi cemuhan kita tetapi hari ini tertanggung pula di bahu sendiri. Cuma apa yang membimbangkan ada dalam kalangan wakil rakyat yang menjadikan Dewan Rakyat seolah-olah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya