AWANG tidak hairan apabila pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat pada hari pertama mesyuarat semalam. Tindakan itu memang sudah dijangka apabila timbul pertikaian berkaitan tempoh notis pencalonan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Tindakan sebagai tanda bantahan itu juga bukanlah sesuatu yang baharu. Selama ini, perkara yang sama juga dilakukan oleh wakil-wakil DAP dan PKR yang kini menjadi kerajaan. Semalam wajah-wajah mereka yang dulunya agresif nampak tenang apabila beberapa wakil pembangkang bangun membuat…









