BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 09 JULAI 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 09 JULAI 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG setuju dengan pelbagai pandangan yang lebih menjurus kepada usaha mempertahankan sekolah tahfiz. Banyak pandangan yang tidak setuju sekolah berkenaan ditutup atas desakan tanpa asas yang kukuh. Tidak ada kewajaran untuk berbuat demikian

Berdasarkan perkembangan semasa, harus diakui bahawa 
sekolah itu bukan lagi seperti yang digambarkan pada masa lalu. Sekolah itu mampu melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam pelbagai bidang. Ada dalam kalangan mereka bukan sahaja 
menguasai al-Quran dan mampu berbahasa Arab tetapi juga 
menguasai bahasa Inggeris.

Lulusan sekolah ini bukan sekadar imam tetapi mempunyai 
profesion yang baik. Maka adalah tidak adil atau terlalu radikal 
untuk menutup sekolah berkenaan. Sekiranya berlaku ke­kurangan atau kepincangan, lakukanlah penambahbaikan.

Apa yang perlu dilakukan ialah mempertahankan institusi se­perti ini. Agensi yang berkaitan termasuk Lembaga Penasihat Penyela­rasan Pelajaran Pendidikan Agama Islam (Lepai) boleh memainkan peranan ini supaya sekolah tahfiz membawa imej yang lebih baik.

Awang juga berharap isu-isu seumpama ini tidak dibang­kitkan secara terbuka. Tindakan sedemikian boleh menimbulkan persepsi yang salah dalam kalangan bukan Islam. Tumpuan seharusnya diberi untuk memperkasakan institusi ini. Laku­kanlah pemantauan supaya lebih berdaya maju. Tindakan tutup hanya dilakukan atas faktor lain termasuk disebabkan masalah ­kewangan dan keselamatan.

AWANG – Baiki kelemahan, bukan tutup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN