AWANG mengucapkan selamat bekerja kepada barisan kepemimpinan UMNO yang baharu dipilih untuk penggal 2018-2021. Tanggungjawab mereka amat berat untuk melakukan perubahan dan pemulihan supaya UMNO kembali diyakini bukan sahaja oleh anggota parti tetapi rakyat seluruhnya. Pemilihan mereka untuk memegang jawatan di peringkat bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Keutamaan harus diberi kepada tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar. Zon selesa sudah berlalu. Sebagai permulaan, usaha perlu dilakukan untuk semua anggota parti kembali bersatu. Pemilihan tidak boleh melebarkan perpecahan. Kalah menang adat pertandingan, cuma bagaimana caranya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya