Bincang hubungan Malaysia-China bulan depan - Utusan Malaysia

Bincang hubungan Malaysia-China bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 28 Julai – Lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China pada pertengahan Ogos ini dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk kajian semula terhadap projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditandatangani kerajaan terdahulu.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya sedang berhubung dengan Kementerian Luar negara itu untuk menentukan tarikh dan atur cara lawatan pertama Dr. Mahathir ke China selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mei lalu.

“Antara agenda utama lawatan berkenaan adalah membincangkan perjanjian projek ditandatangani kerajaan sebelum ini dengan China termasuk ECRL yang mana projek pembinaannya digantung sejak 5 Julai lalu berikutan arahan kerajaan menerusi Kementerian Kewangan.

“Penggantungan itu bukan bermaksud dihentikan tetapi kita hendak melihat bagaimana perkara tertentu boleh diperbaiki dan ditambah nilai di samping menjaga hubungan perdagangan antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu Bapa peringkat negeri di Kampung Chengal Lempong di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN