KUALA LUMPUR 31 Julai – Trend pengguguran kes-kes mahkamah membabitkan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) sejak kebelakangan ini disifatkan sebagai cukup membimbangkan. Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang memberitahu, lebih membimbangkan apabila pengguguran tersebut melibatkan kes jenayah seperti hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat. Katanya, perkara tersebut memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di negara…










