PADANG BESAR – Negeri Perlis cukup bertuah kerana mempunyai sejenis spesies beruk yang dikenali beruk kentoi atau nama saintifiknya, Macaca Arctoides. Menurut Pengerusi Persatuan Hijau dan Hidupan Liar Negeri Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman, spesies beruk itu biasanya hanya boleh ditemui di Thailand. “Namun, sejak mula dikesan pada 2001, beruk ini turut ditemui di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian di sini. “Istimewanya mengenai beruk kentoi ini ialah haiwan ini akan…