Bersatu ambil tindakan tatatertib - Utusan Malaysia

Bersatu ambil tindakan tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Kepemimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengambil tindakan tatatertib kepada ahli-ahli yang menolong parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mahathir
TUN DR. MAHATHIR

Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan yang sama turut diambil terhadap mereka yang bertindak sabotaj parti sepanjang tempoh kempen pilihan raya yang berlangsung pada Mei lalu.

“Kita telah ambil tindakan tatatertib kepada mereka dalam PRU14 yang menolong parti lain dan sabotaj parti kita.

“Mereka termasuk yang memburukkan keadaan dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Kepemimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya siapa dan bilangan ahli yang diambil tindakan, Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri berkata;

“Ada yang digantung, (mereka) tidak dibuang terus. Saya tak perlu beritahu berapa ramai dan siapa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN