Berikan penjelasan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara - Utusan Malaysia

Berikan penjelasan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) meminta kerajaan Pakatan Harapan memberikan penjelasan yang munasabah berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.

JAIS ABDUL KARIM
JAIS

Presiden MWC, Jais Abdul Karim berkata, ia bagi memastikan perkara tersebut tidak menjadi satu krisis perundangan dan penyalahgunaan kuasa yang serius dalam negara.

“Kerajaan perlu segera membuat tindakan untuk membetulkan hal ini.

“Cukuplah dengan krisis di zaman Tun Salleh Abbas dahulu yang menyebabkan kerajaan kerugian dan menjejaskan imej perundangan negara dengan teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu bagaimanapun pelantikan beliau menimbulkan persoalan kerana khidmat Tun Md. Raus Sharif hanya akan berakhir pada 1 Ogos ini sedangkan Richard mengangkat sumpah pada 11 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN