Beri keutamaan aspek pendidikan kekeluargaan - Utusan Malaysia

Beri keutamaan aspek pendidikan kekeluargaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi keutamaan kepada memberi perhatian secara menyeluruh terhadap aspek pendidikan kekeluargaan dalam menangani isu perkahwinan di bawah umur.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu itu bukan hanya melibatkan umat Islam tetapi penganut agama-agama lain juga.

“Dalam hal ini, Orang Asli misalnya menjadi budaya mereka berkahwin di bawah umur 15 tahun dan 16 tahun, jadi saya nak lihat dalam kerangka yang besar mengenai isu ini supaya menilai apa masalah sebenar.

“Mereka yang berkahwin ini dan peratus penceraian perlu diteliti sama ada perkahwinan bawah umur peratus penceraian meningkat tinggi berbanding yang dewasa?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima memorandum bantahan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) daripada Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, kerajaan akan merangka garis panduan lebih ketat membabitkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN