Beri kelonggaran bekerja kepada ibu bapa yang anak dijangkiti HFMD - Utusan Malaysia

Beri kelonggaran bekerja kepada ibu bapa yang anak dijangkiti HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta semua majikan termasuk sektor swasta untuk memberi kelonggaran bekerja kepada pekerja yang mempunyai anak disahkan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kelonggaran tersebut sama ada untuk membolehkan pekerja bekerja dari rumah atau mendapat kebenaran bercuti untuk menjaga anak mereka. 

“Sekiranya ibu bapa mendapati anak-anak menunjukkan simptom HFMD adalah lebih baik untuk kuarantin mereka di rumah dan majikan juga perlu bertimbang rasa dalam hal ini. 

“Majikan boleh memberikan kelonggaran dengan membenarkan pekerja yang terbabit bekerja dari rumah buat sementara waktu sehingga anak-anak mereka bebas daripada penyakit tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini sebentar tadi. 

Kosmo! hari ini melaporkan penularan penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak di seluruh negara semakin membimbangkan apabila wabak itu kini mula merebak ke sekolah-sekolah di ibu kota.

Terbaru sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr. Ismail 2 di sini diarahkan tutup dan kesemua 36 mu­rid bercuti 10 hari selepas empat daripa­danya dijangkiti HFMD. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN