PULAU PINANG 27 Julai – Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub meminta orang Melayu tidak bimbang dengan keputusan Kerajaan Pakatan Harapan melantik bukan Islam memegang jawatan penting. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, ini kerana individu seperti Lim Guan Eng yang kini menyandang jawatan Menteri Kewangan telah memberi jaminan untuk membaiki pertadbiran negara. “Guan Eng menyatakan beliau akan membongkar kes penyelewengan yang berlaku dan Peguam Negara, Tommy Thomas…










