PERKAHWINAN merupakan salah satu tuntutan agama yang wajib sekiranya seseorang itu telah cukup semua syarat untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Malah, perkahwinan pada usia muda juga tidak menjadi masalah sekiranya pasangan tersebut telah bersedia dan yakin dari segi fizikal dan mental untuk menempuh fasa kehidupan baharu. Bagaimanapun, adakalanya perkahwinan pada usia muda membawa mudarat lantaran tanggungjawab dan rasa kasih kepada pasangan tidak begitu subur seperti pasangan yang…










