Bekas suami artis dibebaskan - Utusan Malaysia

Bekas suami artis dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas suami kepada seorang pelakon yang direman berhubung kes menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan membenarkan lelaki itu bersama seorang lagi suspek dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM4,000 bersama seorang penjamin.

Mereka sebelum ini direman empat hari bermula Khamis lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 16A(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber SPRM memaklumkan, kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berusia 37 dan 38 tahun dipercayai meminta RM1 juta daripada seorang pemimpin parti politik bergelar Datuk di utara tanah air kononnya sedang disiasat SPRM membabitkan satu kes rasuah.

Menurut sumber, bekas suami pelakon itu yang merupakan ahli kepada satu parti politik mendakwa dirinya sebagai perantara kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai pengurusan tertinggi SPRM.

“Mereka kononnya dapat membantu mangsa menyelesaikan kes berkenaan.

“Malah kedua-dua suspek telah membuat kertas pertuduhan dan surat rasmi kerajaan palsu bagi menyakinkan mangsa,” katanya.

Kata sumber sama lagi, bagaimanapun semakan SPRM mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod sedang disiasat.

“Perbuatan mereka terbongkar apabila mangsa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang kesalahan membabitkan rasuah.

“Mangsa yang mengesyaki perkara itu telah melaporkan kepada SPRM, namun dia telah menyerahkan wang pendahuluan RM50,000 kepada salah seorang suspek,” katanya.

Sumber memaklumkan, dengan kerjasama mangsa, SPRM melakukan tangkapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur negara pada waktu berasingan iaitu pada pukul 5.30 petang dan 10 malam, Rabu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN