Bekas hakim sah jadi Speaker Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Bekas hakim sah jadi Speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING  – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof sah dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat esok.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika majlis pertemuan bersama Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini tadi.

“Ya, beliau adalah seorang bekas hakim,” katanya ketika diminta mengulas mengenai siapa yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang akan bersidang esok.

Persidangan Mesyuarat Pertama Parlimen Ke-14 yang dijadual berlangsung selama 20 hari dengan urusan pertama mesyuarat adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan dijadual disempurnakan Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada Selasa nanti.

Terdahulu, Dr. Mahathir menghadiri pertemuan selama hampir sejam bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Kabinet Sarawak bagi mendengar taklimat berhubung pembangunan negeri ini. –  K ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN