Bekas banduan menyamar polis - Utusan Malaysia

Bekas banduan menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga bekas banduan ditahan polis selepas disyaki menya­mar sebagai anggota polis untuk melakukan ke­giatan samun terhadap warga asing di sekitar Bukit Puchong pada Khamis lalu.

Kegiatan suspek berusia 47 tahun yang juga bapa kepada tiga orang anak itu terbongkar selepas seorang lelaki warga Bangladesh membuat laporan setelah dia disamun oleh suspek yang mengaku sebagai anggota polis kira-kira pukul 4 petang.

Difahamkan, suspek baru dibebaskan dari penjara setahun lalu selepas menjalani hukuman atas kesalahan samun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, bertindak atas laporan yang diberikan mang­sa, pihak polis berjaya mengesan suspek sebelum membuat tangkapan pada pukul 8 malam di sebuah rumah di Puchong Permai.

“Hasil siasatan mendapati suspek memakai vest polis bagi meyakinkan mangsa dirinya pihak berkuasa sebelum me­nyamun warga asing itu di sekitar kawasan Bukit Puchong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN