Bekas ADUN Jelawat meninggal dunia akibat barah - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Jelawat meninggal dunia akibat barah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Bekas Timbalan Ketua UMNO Bachok yang juga aktivis masyarakat, Datuk Dr. Ilias Hussin, 66, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, petang tadi.

Allahyarham menghembus nafas terakhir pada pukul 5.25 petang tadi di Wad 2 Intan hospital berkenaan disebabkan penyakit barah sejak beberapa minggu lalu.

Allahyarham sebelum ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu di Kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Irama namun memutuskan untuk tidak bertanding dalam pemilihan Umno Bahagian Bachok yang lalu disebabkan masalah kesihatan.

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jelawat pada 2004.

Arwah banyak menabur bakti kepada rakyat di peringkat akar umbi terutama petani sepanjang memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) selain berjaya membangunkan perniagaan dan keusahawan sepanjang menjawat jawatan Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Kelantan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Jenazah Allahyarham dijangka disemadikan malam pada pukul 10 malam di tanah perkuburan Islam di Teratak Pulai. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN