KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalan lembu dan kambing sempena perayaan Aidiladha mencukupi serta tiada isu berhubung masalah kekurangan bekalan. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengambil tindakan sejak tiga bulan lalu bagi memastikan kesemua bekalan daging di dalam negara sempena perayaan Aidiladha berada di tahap mencukupi. “Ketika ini jumlah bekalan lembu di dalam negara ialah sebanyak 50,125 ekor manakala jumlah biri-biri dan…










