BALING – Lebih 10,000 penduduk di daerah ini bakal menghadapi gangguan bekalan air bersih jika kerajaan negeri Kedah tidak membatalkan kelulusan yang diberikan untuk projek kuari batu kapur di Gunung Pulai di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Gunung Pulai, Mohd. Sabri Mahmood, 51, berkata, dia bimbang kerakusan syarikat kuari terbabit milik Yayasan Islam Negeri Kedah akan menjejaskan Loji Air Sungai Limau yang mengambil sumber air daripada Sungai Ketil. Menurutnya, lima…










