Bedah siasat Naufal Amsyar bermula pagi tadi - Utusan Malaysia

Bedah siasat Naufal Amsyar bermula pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 22 Julai – Proses bedah siasat mayat bayi, Naufal Amsyar Nabil Fikri yang meninggal dunia semalam bermula pagi tadi di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

Pengarah HPSF, Dr. Muhammad Yusof Sibert berkata, bedah siasat itu dilakukan oleh pasukan perubatan forensik HPSF dengan bantuan pakar forensik dari Hospital Melaka.

“Seramai lima orang dari pasukan perubatan forensik HPSF terlibat dalam proses itu termasuk pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

“Proses itu diketuai seorang pakar dari Hospital Melaka serta masing-masing seorang pegawai perubatan dan pembantu perawatan hospital itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Penderma Darah Sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia, di sini sebentar tadi.

Program itu dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz.

Semalam, bayi malang berusia 10 bulan itu dilaporkan meninggal dunia di wad HPSF selepas empat hari menerima rawatan ekoran kecederaan parah di kepala dipercayai akibat terjatuh buaian  di rumah pengasuhnya.

Dr. Muhammad Yusof memberitahu,  proses berkenaan yang bermula pada pukul 8.30 pagi dijangka mengambil masa antara enam hingga tujuh jam. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×