Beckenbauer alu-alukan ‘penyertaan’ Deschamps - Utusan Malaysia

Beckenbauer alu-alukan ‘penyertaan’ Deschamps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 18 Julai – Franz Beckenbauer yang menjuarai Piala Dunia selaku pemain dan jurulatih mengucapkan selamat datang kepada Didier Deschamps ke dalam kelompok elit mereka.

DARI KIRI: Franz Beckenbauer, Didier Deschamps, Mario Zagallo
DARI KIRI: Franz Beckenbauer, Didier Deschamps, Mario Zagallo

Beckenbauer menjulang trofi berprestij itu semasa beraksi bersama Jerman Barat pada 1974 dan selaku pengurus pada 1990.

Dia meng­ikut jejak langkah Mario Zagallo dari Brazil yang menjadi juara selaku pemain pada 1958 dan 1962, selaku jurulatih pada 1970 dan sebagai pembantu jurulatih pada 1994.

Deschamps menjadi juara sebagai pemain pada 1998 dan Ahad lalu dia melakukannya selaku jurulatih selepas Perancis menundukkan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir di Moscow.

“Sekarang kami bertiga. Saya rasa kami bertiga seharusnya duduk bersama,” kata legenda yang digelar Der Kaiser itu.

Seperti Beckenbauer, Deschamps menjadi ketua pasukan ketika pasukannya muncul juara dunia.

“Secara automatik, awak belajar cara untuk mengetuai pasukan. Perkara itu membantu saya semasa menjadi jurulatih.

“Berbanding pasukan pilihan Piala Dunia, hanya Perancis meneruskan kemaraan secara konsisten.

“Yang lain pernah mencuba, Maradona sebagai contoh tetapi dia tidak berjaya,” kata Beckenbauer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN